Saturday, August 4, 2012

Budak uni yang bakal berurusan dengan Bank islam. Hope help ya :)

Assalamu'alaikum yaww korang.

ok sepatutnya aku update menatang alah ni kelmarin tapi aku asyik ter-occupied kat benda lain. heh.

Ques: Kenapa bubuh gambar?
Ans : eh sukahati aku la -.-'

aku rasa blog dull kalau tak ada gambar. so yeah. hehe.

anyway berbalik kepada cerita sebenar, apa yang aku nak cerita harini adalah tentang cerita aku ke bank. apa yang seronok? heh. just sharing sebenarnya macam mana proses nya, kan ada yang tak setel lagi hal bank kan for uni. so yeah now aku tolong. a bit la. aku try explain sedetail mungkin :)

ok sebanyak yang aku tau, most of the students yang bakal further uni for degree, boleh kata most of them kena buka akaun Bank Islam baru. kan kan? melainkan korang masuk UIA ke atau apa apa organisasi yang tak guna Bank Islam that much. IDK. maybe?

post agak panjang, insyaalah may help? ok teruskan dengan urusan Bank Islam.




BUKA AKAUN BARU.

1. ke Bank Islam berdekatan.
habis tu nak ke bank mana lagi sayang oi? ==' takkan nak bukak Bank Islam kau pergi Bank Rakyat pulak. Aish. ok korang pergi la mana mana yang dekat. kalau kes aku, bandar aku ni tak ada Bank Islam, ada tu ada je tapi still tak operasi. so aku kena pergi ke Taiping nun tuk setelkan hal ni. Sesak ! jauh tak apa, niat nak berjihad kan? apa salahnya.

2.minta BORANG pembukaan akaun baru
kes aku, time aku masuk je bank tu, ada satu pakcik guard approach then dia tanya nak buka akaun ke then dia ambikkan borang. maybe kalau korang datang sorang ke or ngan parent, kau terjah je pakcik guard. mesti tolong punya ah. tak pun ke kaunter pertanyaan. senang. tak payah nak malu sangat la , dah dewasa dah ==' then isikan borang tu sedetail mungkin. kalau dah agak dah kahwin tu, isikan sekali borang dah kahwin. ingat nama suami and ic sekali k. jangan lupa tu. then nanti borang tu akan diberi ke satu kaunter khas dimana akan ada seorang pegawai check in kan borang korang.

ok here is the deal. money required for this process.

as far as i've investigate, konon ah, ramai yang tanya how the hell ada yang bayar RM20 sahaja, ada yang bayar sampai RM130 kan? ok baca ni leklok.

RM20 = orang yang still umur 18 dan ke bawah. so dia diberi keistimewaan tuk buka akaun baru dengan minimum simpanan hanya sebanyak RM10 sahaja. another RM10 tu untuk membuat kad yang baru. done.

RM130 = orang yang dah berumur 19 tahun dan ke atas. so minimum simpanan dorang adalah sebanyak RM120 dan seperti biasa another RM10 adalah untuk kad bank. dapat on the spot.

just helping a little. kalau ada yang rasa RM130 tu terlalu banyak and plus tak ada duit sendiri, camni. insyaalah boleh. kalau ada yang datang ngan parent, pinjam lah duit parent dulu. same kes cam aku yang pergi sendiri, aku pun pinjam duit mak aku dulu cause aku tak boleh ke bank ambik duit. jauh. jarak Bank Islam Taiping ngan Bank CIMB Taiping freaking jauh ok. so pinjam dulu. nanti dah siap semua whatsoever, korang keluarkanlah balik duit tu then bayar parent korang balik. takkanlah parent tak nak bagi kan, just nak cukup syarat buka akaun bank dah la.

tapi kalau tetiba parent bermurah hati nyah, aih untung lah cenggitu.

bila dah bayar, and nama korang dah diregister ke sistem, form korang akan diberi ke kaunter bank yang sebenar. yang tadi kaunter private sikit. then korang tunggu je until nama korang dipanggil. chill ah. twitter sepam dua. heh.

3. set no pin kad
bila nama dipanggil, korang akan dipanggil tuk set kan no pin kad bank korang. nanti dia akan bagi satu gadget tak tau nama, a little look like kad kredit sikit, then korang just tekan no pin sesuka hati korang. ada 6 digit. pandai pandai ah nak buh apa.

dah siap nanti, korang diminta tandatangan kat belakang kad, so silalah mengada praktis signature sekarang. heh. senang je. kalau tak tandatangan, kad tu dikira tidak sah.

bil minimum saving tu simpan. bukti je suka hati.

selesai !!! tahniah, anda sudah pun mempunyai akaun di Bank Islam. tepuk tangan sikitttt :p



PEMBAYARAN YURAN UiTM


1. ambik borang deposit tunai/pembayaran bil  ( putih, kuning, merah)
aku tak ingat warna apa, tapi kalau tak silap depan putih belakang kuning. kott. ke biru merah. eh entah. tak ingat. sumpah. tapi korang cari je lah tang atas borang tu ada tulis deposit. reti kan baca. heh. kat mana nak ambik, kan selalu kat bank usually ada satu tempat yang ada kertas macam buku cheque tu. cari je ah kat situ. deposit k.

tulis nama: (nama sendiri)
bayaran kepada : Universiti Teknologi Mara
tujuan bayaran : yuran pengajian
jumlah : RM743

2. ambik no giliran dengan tak tau malunya
ok bila korang dah siap isi borang bagai, hey first prepare duit dulu k. siapkan RM743 tu dulu (aku hanya bercakap kepada sesiapa yang masuk UiTM. kalau uni lain prepare ah jumlah yang tepat. senang di kemudian hari ) bila no dah sampai ke kaunter then bagi slip deposit tu and duitnya sekali. nanti pegawai bank handle everything. kau just chill tengok keliling ke apa, main mata ngan balak hensem lain. mesti ah ramai yang datang situ satu kes macam kau gak kan. heh.

3. bil yuran.
bila pegawai tu dah siap urusan pembayaran korang, dia akan bagi korang bil bayaran means resit (kuning and merah). ok ini freaking important moment. those bil SANGAT SANGAT SANGAT penting sebab tu adalah bukti pembayaran yuran korang. simpan elok elok. eventhough pembayaran dah setel dalam sistem, tapi bukti jugak kena bawak ketika hari pendaftaran nanti. maybe ada jugak yang mintak baitulmal pun penting jugak k. apa apa la yang dapat bantuan ke apa. SIMPAN ELOK ELOK.

darimana pemerhatian aku, ramai yang lipat and buh dalam dompet. yaww ! rosak ah dowhhh. tu dah ah karbon paper tu. takkan korang tak ada satu bekas tuk segala surat tawaran? macam aku, aku sediakan satu fail khas. yang ada compartment plastik plastik tu. senang. different business different compartment. so simpan everything there. be organized. kita ni dah dikira siswazah. be one.

settle !!! tahniah , anda dah bayar yuran pengajian anda. tepuk lantai sikitttt :)


Mobile Banking
sistem ni adalah satu sistem yang mana benarkan kita tuk uruskan akaun bank kita dengan menggunakan phone kita sahaja. benefit, bagi aku yang aku suka and subscribe is aku boleh check baki akaun. ni penting sebab aku kalau dah sampai mood shopping aku tak fikir dah berapa baki bank. main keluarkan duit je ha. then second thing is, aku suka service top up dia. means kalau aku rasa nak top up, tak payah gi jauh, just guna mobile banking je then boleh dah top up. senang. selain tu ada jugak khidmat lain, tapi aku malas nak selidik sangat. heh

cara nak buat, cakap kat pegawai bank tu, korang nak buat mobile banking. kalau korang yang baru buat akaun, lagi senang, nanti dia deduct je dari akaun korang. bayarannya just RM8 setahun. no charge lain. nanti dia akan mintak kad sim korang and akan tampal satu cip hitam belakang sim korang. tu je. nanti adala dia ajar nak register bagai. done.

pada siapa yang baru nak buat, korang ambik no, ke kaunter and cakap nak buat mobile banking. nanti dia bagi form, isi molek molek then settle. nanti pegawai bank uruskan hal lain. ikut je arahan. senang ! jimat masa sikit kalau ada mobile banking ni :)


ok setakat ni je ah aku nak share. penat menaip ni ha. hope helping korang ah. i give i get back , insyaallah. heh. to you guys yang baca ni, yang bakal ke degree aku doakan all the best. be excellent !

till then :D

17 comments:

  1. posing kaki tu takley ubah kekiri ke?haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. kalau non muslim boleh bukak akaun kt bank islam tak?

    ReplyDelete
  4. Syukran...helps a lot...keep on writing

    ReplyDelete
  5. bank ada mnx tak ic copy n surat twran copy for studnt yg nk smbung ke uni?sbb saya bc di blog sblah dia ada mnx

    ReplyDelete
  6. Sy nak tanya ... Sy baru je buat acc bank islam untuk ptptn ... Yg peliknya xkena bayar yuran ape2 pon ... Pastu bila nak daftar online banking dy tulih error apa xtau huhu ...

    ReplyDelete
  7. UMUR BELUM GENAP 18, KENA HADIR DENGAN IBU BAPA KE ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lahh kalau belum cukup umur kena datang dengan ibu bapa ke?

      Delete
  8. Kalau yng dpt bantuan ni nak bukak acc ken bayar jugak ka

    ReplyDelete
  9. Very helpful , thankyouuu sisss

    ReplyDelete
  10. Kalau umur bawah 18 boleh buat mobile banking tak?

    ReplyDelete

,