Wednesday, September 8, 2010

wuu wuu wuu wuu

tak sabar gila!!! raya tinggal satu hari je lagi. u get what i mean? SATU HARI JE LAGI WEYH!! huhu.. sangat tak sabar. (eventhough hati rasa tak sedap)
macam biasa la kan. kalau raya semua orang suka. bagi wanita mungkin kerana mereka boleh bershopping.. acheh. kasut raya baru, baju baru, make-up baru.. bak kata orang semua baru lah! kalau tak tukar rasa tak gempak pula raya kan..?

bagi kaum lelaki pula mestilah seronok cause.. hmm, entah! sal apa ekh? jumpa sedara jauh kott. boleh breakdance sesama. haha. entah actually aku tak tau keseronokan kaum lelaki ni. tak pernah pula aku tanya abang aku kan. heh.
bagi aku, aku suka raya cause aku,biasalah kaum perempuan kan.. mestilah sebab aku SHOPPING! ha.. haih apa lagi dalam kepala aku kalau tak shopping kan.. dapat kasut baru. tahun ni aku beli flat. agak tajam bentuk dia and corak zebra and have mini bow kat depan. aku cam agak tak suka sangat la cause aku bukan jenis feminin sangat. just teringat nak masuk kolej je nk guna.. abaikan.
raya ni family aku punya trademark is orange. honestly.bukan warna favourite aku. sakit mata laa tengok. lagi-lagi laa warna yang mak aku pilih is super fuckingly neon orange. huih. memang terkelip-kelip laa mata kan. haha. aku tak mampu nak show korang. kamera tak ada laa. abang bawak lari. haih. tu je kot persediaan aku. seriously not in raya mood.

hmm,kalau ingat raya ni kan. sumpah aku tak boleh berhenti gelak laa. ada satu peristiwa ni. HAHA serious tak boleh lupa.
ok ni time raya tahun 2005 dulu. time tu aku still tahun 6. tahun tu gak bapak aku ni berbaik hati nak buat open house. so aku ngan sangat baik hati pun jemput laa kawan terdekat. huh suka! kawan laki.. kawan perempuan.. time tu aku agak macam budak yang agak tomboyish. haa memang terkenal dengan perangai yang suka nyakat menyakat. jangan cakap laa hardcore hobby kott.
time jahiliah tu ada la seorang budak laki ni minat sangat kat aku. aku pun tak tahu la kenapa dia minat sangat kan.. sampai kawan dia pun pujuk aku. cam apa jer. biasa la zaman kanak-kanak. sweet betul. aku pun ajak dia datang jugak. excited dowh. so, bermulalah plan aku nak kena mengena orang nih.

sebelum dorang sampai aku dah sediakan satu dulang minuman. cukup untuk setiap orang yang hadir. kawan-kawan aku lah. aku guna cawan yang special. tinggi cawan tuh. nampak exclusive. acheceh. time tu aku prepare air ice grape juice. kalau aku buat jangan cakap laa. memang tak sedap. haha. then aku ambik la satu cawan yang agak rambang la. aku ambil then aku bubuh seberapa banyak garam yang boleh. ha.. aku kacau sambil tergelak-gelak. haha.. memang nikmat la kan time cuba nak ambil garam tuh. korang bayang lah air tu korang boleh nampak saki garam yang tak boleh nak larut. ahaa bayang lah kemasinan beliau. aku memang comel XD
mula-mula aku plan cam nak kenakan sesiapa jer lah. so biar dorang ambil air tu secara rambang. kalau kena dorang la yang malang. then tetiba time aku tengah buat tu.. nun jauh disana... aku nampak kelibat budak laki yang minat aku nih. haih mulalah tanduk aku meningkat tumbuh dengan galaknya.

aku tunggu budak tu masuk. haish senyum sokmo aku. then aku dengan gaya wanita melayu mutakhirnya keluar dari dapur dengan membawa dulang minuman tersebut. aceceh.. aku dipuji. haha. then ku pun duduk laa bersimpuh sambil mengagih-agihkan air tersebut. untuk memperasankan budak tersebut aku bagi air dia terlebih dahulu berbanding rakan yang lain sambil berkata;
"weyh,ni air aku buat khas untuk kau.." sambil tersipu-sipu.

sweet kan aku. aku tak selalu nice ngan mamat nih. so dia rasa pelik gila lah. siap bau air lagi. nak bau apa lagi cik abang oii. mana dapat detect kott. akhirnya tanpa ragu-ragu minumlah beliau. belum sempat aku cakap "weyh..." beliau telah pun berlari keluar rumah bagaikan baru sahaja dipotong kakinya. aku pun bengkek je la kan. buat tak tau.. then dia msuk balik. dia cakap;

"weyh masinnya!"dengan suara yang kuat. muka dia merah jangan cakap laa. biasa la kulit putih..

akhirnya,aku telah dimarahi bonda dan telah dimaki bonda dengan 'manja' dan saksamanya.
haha but still aku tak leyh lupa kejadian nih. memang sweet. haih.

kalau korang kawan yang aku kenal sebenarnya mamat nih adalah nizam. AHAA! kenal kan.. :D

so, aku dah pun cerita kat korang kenangan raya aku. kalau boleh aku pun nak dengar gak kenangan raya korang. tak per cakap jer kat depan monitor korang nih.

ok, start now!

keep on keep on.. aku dengar :)

yer teruskan jangan malu-malu. eh menjeling pulak dia.

2 comments:

  1. pergh...minat gila kat kau?

    bila masa plak? kau mimpi kot...hahaha

    ReplyDelete
  2. acececehhhh.. dude that was very old story ok. hekelehh bengkek gila :DD

    ReplyDelete

,