Sunday, January 1, 2012

Sumpah.

How I wish I can post this out. 

Weyh, lelaki memang macam ni eh?
Dulu waktu korang nak kan sesuatu perempuan
Korang bukan main beriya lagi

Wah lovey dovey word kau 
Sumpah melimpah ruah
Sampai aku basah dengan semua tu weyh
Sampai aku dah tak tau nak alirkan arah mana lagi

Dulu, 
Kau suka aku.
"Lets be my GF."
dan kau sudahi dengan 
"Hee "

Comel. Teramat comel. 
Itu sahaja komen aku. 

Mula dari situ, Aku jatuh. 
Aku jatuh kuat gila weyh.
Rasa dia macam seketul batu hempap muka kau. 
Bukan batu kerikil di tepian jalan yang kau mudah perlekeh
Tapi batu kotak empat segi yang orang guna untuk buat rumah. 

Sumpah aku jatuh. 

Sumpah tak pernah aku macam ni. 
Sumpah aku tak suka.
Sumpah aku benci. 

Malangnya, aku tak boleh buat apa.
Ibarat seperti cacing kerawit yang masuk kedalam hati kau
Mereka berumah, bersarang
Dan bila kau sedar dah terlalu lambat untuk kau ubati

Satu hari itu, 
Mungkin salah aku. 
dan mungkin salah kau juga
Aku katakan cerai, dan kau terima

Semenjak itu kau hindar

Rindu. 
Sepanjang itu aku rindu. 

Sakit. Sangat sakit.
Pertama kali aku rasa.
Baru ku tahu, rindu itu sakit sebenarnya.

Hari ni baru ku sedar.
Betapa mudahnya kau buang sesuatu
Betapa mudahnya kau lupakan sesuatu
Betapa mudahnya kau punahkan sesuatu.

Aku rasa macam sampah. Najis. Seakan aku galaknya tak layak langsung untuk sebarang entiti bergelar manusia. Aku serendah itukah? Atau kau emang begitu durjana?

Terima kasih aku ucapkan untuk belas kau meminjamkan aku perasaan ini. 
Aku sangat hargai. 
Maaf kawan.

No comments:

Post a Comment

,