Thursday, December 23, 2010

yup yup. so yeah. sekarang ni aku berada di rumah sepupu aku di Petaling Jaya, Selangor. biasa lah dah habis SPM enjoy berjalan lah kan. jalan sana jalan sini. lagi lagi la sepupu aku yang satu ni dah boleh drive. haih. apa lagi. best.

satu malam ni sepupu aku tersayang ni bawa aku berjalan ke pasar malam berdekatan. aku batak sekejap. sebenarnya aku ni jarang sangat pergi pasar malam. tak ada siapa nak bawa aku. parent aku asyik kerja je. so duk rumah je lah.

dari rumah, kitorang drive lah ke lokasi. sampai sana macam rintik rintik. haih. benci betul. nanti mulalah basah sekelian alam dan mulalah aku mencarut carut. ** hehe gurau. aku tak berapa suka hujan as aku macam hard to deal with the fact that my outfit especially my lower pants will get wet. susah owh. then nk kena perah perah bagai. atoii laa.

aroma kat pasar malam fuhh! terliur den. jangan risau aku cover ayu lagi. sebenarnya tak tahu nak beli apa.  semua nampak sedap and extremely berlemak. jaga badan babe. nanti tak ada siapa nak. HAHA. sedap sedap berjalan ternampak lah satu makanan yang agak baru bagi aku. dan aku rasa macam pelik. dan sesungguhnya makanan ini telah berjaya membuatkan aku terpinga pinga sekejap sambil memikirkan hukum hukum fizik yang digunakan. apa ke hal..?

nama makanan ni adalah AISKRIM GORENG. ok ok. tak yah la gelak. aku tau korang dah tahu makanan nih. but biasalah seperti yang aku katakan aku ni seorang yang jarang keluar. jadi jaranglah aku dapat menghayati dan mengenali dengn lebih rapat makanan ini. so apa lagi. cepat cepat lah aku beli. tak mahal. RM2.00 je. tak per lah. sekali seumur hidup. inilah rupanya:


rupanya tak lebih and tak kurang macam karipap bulat. tahukan...? korang bukan baru lahir kan..? tapi nak kata bentuk macam dorayaki pun ada gak. besar nya pulak sebesar penumbuk korang. dia agak tebal la jugak. serious weyh.. aku excited gila nak makan beliau. dalam nya pulak begini rupanya.



hmm, bahagian dalam ni memang padat lah dengan aiskrimnya. haha haih jakunnya aku. aku tak tahu la. tapi yang aku beli ni ada tiga rasa. strawberry, vanilla and chocolate. sedap. kalau makan time panas lagi. sebab waktu panas, luar nya masih crunchy lagi. so bila korag gigit tu korang macam makan keropok and lapisan tu tak adalah tebal sangat. nipis je. then korang gigit lagi ke lapisan kedua that is aiskrim. time ni korang dah ada kat heaven. haha. as in time mulut korang panas makan beliau korang akan rasa satu sensation sejuk pula dalam mulut. hmm, aku di awangan. haih jakunnya aku.

cara menghasilkannya. alah, doh nipis korang balutlah aiskrim tuh. tapi aku tak dapat lah melihat proses sebenar. sebab time aku nak beli makcik tu keluarkan je dari peti ais beliau dan terus memasukkannya ke dalam minyak yang sangat panas. dalam 20 saat macam tu dah angkat. tada. terjakunlah aku. :)

hasil daripada lawatan ini aku telah dapat mengenali makanan baru. hehe dan aku telah ditertawakan dengan hebatnya oleh sepupu aku kerana tidak mengetahui kewujudan makanan bernama aiskrim goreng. haih comelnya aku.

sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. ice cream goreng versi Malaysia yg simple n humble.. it was famous in terengganu !!

    ada versi ice cream goreng guna CAKE !!!

    yes cake !! i pun pelik mcm mana mereka leh kecilkan the cake n then goreng...

    so how was it??

    ReplyDelete

,