Sunday, December 2, 2012

Little story.


Peace be upon you.

Once, aku pernah terbaca kat satu blog about sorang mamat ni. Sangat sangat tersentuh aku baca blog dia. Time tu dia ke rumah makcik dia. Makcik dia ni bukanlah orang senang. Rumah setinggan kalau tak silap. Kira susah la jugak life dia. So time dia pergi rumah makcik ni, si mamat ni bawak kfc sebagai buah tangan.

Tiba sampai ke rumah makcik dia ni, dia nampak seorang budak kecil aka jiran makcik dia. Budak cina. Main basikal yang agak lusuh. Budak tu main pusing pusing depan rumah. Ayah budak tu pun ada kat luar rumah. Tengah lepak lepak ambik angin mungkin. Budak yang syok syok main ni, tetiba stop main and pergi ke mamat tu. Dia tengok lama kat kfc yang mamat ni bawak.

Tetiba si ayah tu kata, ‘sedapnya bau. Bagila kita sikit’ dengan muka yang seperti beracah acah. Biasalah kita kalau ke rumah orang mesti dorang macam buat gurauan nak bermesra ngan orang yang kita tak berapa nak kenal kan. So mamat ni pun just senyum kat si ayah and masuk rumah makciknya.

Itu sangkaan mamat tu.

Malam tu dia makan malam bersembang dengan makciknya. Kata makciknya, jiran dia tu sangat susah hidup dia, ada tiga orang je keluarga dia. Ayah, maknya, dan sorang anak. Kadang kadang dua hari baru dapat makan. Dorang dah terbiasa berlapar. Kadang kalau ada makanan pun just sebatang jagung potong tiga. Itupun kalau bernasib baiklah.  Makciknya ada jugak bagi makanan, tapi banyak mana pun nak bagi kalau makciknya sendiri pun hidup susah,

Si ayah tak bekerja sebab sakit. Isterinya je yang kerja. Itupun jual sayur bantu orang. Berapa sangat lah dapat duit kalau nak beli makanan pun.

Tersentap hati mamat tu. Maknanya, petang tadi yang si ayah minta sedikit makanan tu bukan nya acah acah tapi betul betul nak. Patutlah muka si ayah ada sedikit mengharap. Malam tu jugak mamat ni keluar rumah cari makanan beli untuk keluarga jiran dia. Jiran tu berterima kasih sangat kat si mamat tu.

Betullah kata makciknya, jirannya mengaku dah dua hari mereka tak makan. Astaghfirullah.


Bila baca cerita ni aku sangat sangat tersentap. Sangat sentap. Kalau nak dibandingkan hidup aku dengan hidup jiran ni, Ya Allah sangat jauh berbeza. Terlalu kontra. Betapa mewahnya hidup aku dibandingkan dengan life jiran ni.

Aku doa, family ni akan dimurahkan rezeki. Amin.

Sebenarnya, dari kecil aku tak ada cita cita sebagai seorang yang mahu bekerjaya. Hanya satu yang aku set mind aku. Cita cita aku sebenarnya nak jadi orang kaya. Sebab utama adalah nak tolong orang macam nilah. Aku sangat tak boleh kalau dengar ada orang yang tak makan sebab tak ada duit. Weyhhhhh, I cannot stand la. Kalau boleh sedaya aku akan tolong orang macam ni.

That’s why now aku telusuri dunia perniagaan sebab aku dan ayah aku plan nak buka business keluarga and bak kata baginda, 90% daripada pendapatan adalah sebaiknya daripada perniagaan dan kalau korang observe sendiri pun mostly orang yang membuka perniagaan terutamanya yang berniaga makanan, life agak mewah. Kannnn.

Cita cita ayah aku dan aku actually sama je. Kitorang bercita nak masuk satu kampung, cari orang susah and tolong dorang. Walau tak banyak janji dapat bantu dari tahu dorang tidur berlapar. Ya Allah, makbullah doa aku.

Mohon dimakbulkan J

1 comment:

  1. agree !!!

    sama2 kaya dan menolong org miskin !!!

    ke Jalan Allah menolong org yg susah !!

    ReplyDelete

,