Peace be upon you.
Once, aku pernah terbaca kat satu blog about sorang mamat
ni. Sangat sangat tersentuh aku baca blog dia. Time tu dia ke rumah makcik dia.
Makcik dia ni bukanlah orang senang. Rumah setinggan kalau tak silap. Kira
susah la jugak life dia. So time dia pergi rumah makcik ni, si mamat ni bawak
kfc sebagai buah tangan.
Tiba sampai ke rumah makcik dia ni, dia nampak seorang budak
kecil aka jiran makcik dia. Budak cina. Main basikal yang agak lusuh. Budak tu
main pusing pusing depan rumah. Ayah budak tu pun ada kat luar rumah. Tengah
lepak lepak ambik angin mungkin. Budak yang syok syok main ni, tetiba stop main
and pergi ke mamat tu. Dia tengok lama kat kfc yang mamat ni bawak.
Tetiba si ayah tu kata, ‘sedapnya bau. Bagila kita sikit’
dengan muka yang seperti beracah acah. Biasalah kita kalau ke rumah orang mesti
dorang macam buat gurauan nak bermesra ngan orang yang kita tak berapa nak
kenal kan . So
mamat ni pun just senyum kat si ayah and masuk rumah makciknya.
Itu sangkaan mamat tu.
Malam tu dia makan malam bersembang dengan makciknya. Kata
makciknya, jiran dia tu sangat susah hidup dia, ada tiga orang je keluarga dia.
Ayah, maknya, dan sorang anak. Kadang kadang dua hari baru dapat makan. Dorang
dah terbiasa berlapar. Kadang kalau ada makanan pun just sebatang jagung potong
tiga. Itupun kalau bernasib baiklah.
Makciknya ada jugak bagi makanan, tapi banyak mana pun nak bagi kalau
makciknya sendiri pun hidup susah,
Si ayah tak bekerja sebab sakit.
Isterinya je yang kerja. Itupun jual sayur bantu orang. Berapa sangat lah dapat
duit kalau nak beli makanan pun.
Tersentap hati mamat tu.
Maknanya, petang tadi yang si ayah minta sedikit makanan tu bukan nya acah acah
tapi betul betul nak. Patutlah muka si ayah ada sedikit mengharap. Malam tu
jugak mamat ni keluar rumah cari makanan beli untuk keluarga jiran dia. Jiran
tu berterima kasih sangat kat si mamat tu.
Betullah kata makciknya,
jirannya mengaku dah dua hari mereka tak makan. Astaghfirullah.
Bila baca cerita ni aku sangat sangat tersentap. Sangat
sentap. Kalau nak dibandingkan hidup aku dengan hidup jiran ni, Ya Allah sangat
jauh berbeza. Terlalu kontra. Betapa mewahnya hidup aku dibandingkan dengan
life jiran ni.
Aku doa, family ni akan dimurahkan rezeki. Amin.
Sebenarnya, dari kecil aku tak ada cita cita sebagai seorang
yang mahu bekerjaya. Hanya satu yang aku set mind aku. Cita cita aku sebenarnya
nak jadi orang kaya. Sebab utama adalah nak tolong orang macam nilah. Aku
sangat tak boleh kalau dengar ada orang yang tak makan sebab tak ada duit.
Weyhhhhh, I cannot stand la. Kalau boleh sedaya aku akan tolong orang macam ni.
That’s why now aku telusuri dunia perniagaan sebab aku dan
ayah aku plan nak buka business keluarga and bak kata baginda, 90% daripada
pendapatan adalah sebaiknya daripada perniagaan dan kalau korang observe
sendiri pun mostly orang yang membuka perniagaan terutamanya yang berniaga
makanan, life agak mewah. Kannnn.
Cita cita ayah aku dan aku actually sama je. Kitorang
bercita nak masuk satu kampung, cari orang susah and tolong dorang. Walau tak
banyak janji dapat bantu dari tahu dorang tidur berlapar. Ya Allah, makbullah
doa aku.
Mohon dimakbulkan J
agree !!!
ReplyDeletesama2 kaya dan menolong org miskin !!!
ke Jalan Allah menolong org yg susah !!