Sunday, January 8, 2012

Untuk kawan lama yang lama tak berjumpa.

Semalam, aku jumpa kau buat kali pertama setelah lima tahun.
Semalam, kau memandang temeh aku dan rakan aku.
Semalam, kau membangga membabi buta akan ke-famousan- kau di pusat pengajian kau.
Semalam, kau merendah kan diri aku di depan kawan sementara kau.
Semalam ,kau jaja diri kau depan aku.
Semalam, kau 'ukur' berapa tinggi famous kau.
Semalam, kau mensakaikan diri kau di depan budak yang entah dari mana kata kau mengenali diri kau
tapi kau tak mengenali.

Semalam, aku makan dalam.
Semalam, aku kecil hati.
Semalam, aku duka.

Hari ini, aku muhasabah diri.
Hari ini, aku sedar.
Hari ini, aku berfikir sedalamnya.

Sedalam hati nurani ikhlas yang tak kau punya.

Hari ini, aku menyabarkan diri.
Hari ini, aku menenangkan diri.
Dan melahirkan konklusi; Apakah mungkin akan ada kawan yang datang membantu jika kau perlukan.

Dengan perangai kau sebegitu rupa? Aku rasa tidak. Hah

Esoknya, aku akan bermatian gapai semua.
Dan mungkin bila tiba masanya nanti,
Akan terlopong mata dan mulut hati kau,
Dengan kejayaan aku yang kau dah remeh suatu ketika dulu.

Aku akan buktikan.

Sentiasa aku berdoa kawan, bila lagi mahu kau berubah?
wang ringgit,  populariti, harta semua tidak bernilai.
itu hanya pinjaman sementara.
sekadar lillahi menguji kau.
aku sedih.
kau. 

Menyedihkan. 

***************

aku hasilkan menatang alah ni tetiba. actually this is real. semalam aku outing. dengan tujuan tuk berjumpa kawan lama yang dah sangat lama tak berjumpa. malangnya, perangai dia masih tak berubah. membuatkan aku bertanya.

"wah, for all this while i befriend with a BIMBO !"

selama masa kami di JJ, rakan aku ini hanya merperkatakan tentang

*betapa popularnya dia di Poli
*betapa ramai orang mahukan dia menjadi suri hati
*betapa ramainya mahu bergendeng dengannya semata nama
*betapa ramainya yang mengenali dia walau dia tak kenal siapa kau
*betapa pentingnya ciuman salam aku di tangan kau untuk berkat famous
*betapa lantangnya dia merpergahkan diri dia.

kau tak tau kawan, betapa makan dalamnya aku sepanjang aku dengan kau. terkadang aku terfikir bila lagi kau nak berubah? kau dan yang lain. tahap akal masih di takuk lama. masih lagi gaya anak kecil sekolah rendah. bitching each other even about small matter just to make people notice you. sedarlah rakan. setinggi mana kau, sehebat mana kau. kau tak akan lama disitu. 

cuba kembali muhasabah. jika ini yang kau mahukan selama kau hidup di muka tuhan ini, kau fikirkan kembali, dengan semua attitude sebegini rupa, masih ada lagi tak yang akan jenguk kau tika kau susah dan memerlukan?

biar aku jawab. masih ada. golongan kau. atau mungkin tidak. 

pertemuan kita semalam aku sesali. dan aku harap kita tidak berjumpa lagi ya. aku tidak punya kawan seperti kau. dan bila tiba masanya hari itu, mari kita ukur siapa lebih berjaya, ya kawan. 

sebuah senyuman untuk kau.

Dear F, please change.

2 comments:

  1. ....poli *tersentap kejap egt aku :P hahaa .. bila difikir kan balik , bila pulak aku jumpa kau .... hahaha :P

    ReplyDelete

,