Tuesday, January 17, 2012

Birthday event KISS. (if you know what i mean)

salam. ok noks hari ni kita mulakan post kita dengan gambar gila meroyan? ok apakah? yer anak anak permulaan post post sememeh perlu ya kita mulakan dengan gambar vain gila gila. ahah ! i loikess.  ok sila muntah.

ok serious serious. hari tu aku ngan kawan lain satu sekolah lama dulu buat event sambut birth ramai ramai. kalau korang boleh agak apa maksud KISS tu korang tau la apa sekolah aku dulu. AHAH. malas nak mention noks. tujuan event ni diadakan adalah kerana kitorang boring. eh . gurau gurau. almaklumlah dah sem kedua. tak lama lagi nak keluar dah pun dari matriks ni. so kitorang ambikla kesempatan ni untuk membuang masa terkangkang kangkang di tengah dataran kolej. eh. ok gurau lagi =='

yang sebenarnya post ni aku nak menjealouskan kawan aku sorang ni. bila aku ingat KISS aku ingat budak ni gak. cause dulu orang panggil dia ngan nama kiss gak. nama dia balkish. kalau korang baca ni tanpa tergeliat lidah sila angkat tangan !! ah ferasaann.

seterusnya gambar ni adalah untuk menjealouskan kau minah. eh , Balkish :)))

*senyum yang banyak menandakan aku tersengih kejam AHAH 

 mula mula sekali marilah kita memperkenalkan hidangan pada malam itu. ini nama apa tak tau tapi original dari Secret Recipe bhaii. ha tak ke terliur aku malam tu. pergh wa cakap sama lu derr. makan sekali CONFIRM kau dah tak nak makan lagi dah. muak. haha

 tebal pulak kan. nasib baik malam tu ramai kalau tak membazir weyh. amalan syaitan.. haih


 yang ni pulak kek vanilla dari mana aku tau. ni siapa entah rembat menatang ni. tapi jangan risau weyh. kau tak payah jealous lah ngan kek ni. kek ni rasa lain macvam. maybe sebab krim dia campur oren essence sikit kott. aku makan secubit luah sedepa. cuba bayang.

 ya pembaca sekalian, ni anak anak kelaparan menunggu makanan ya. eheh. ok joke. ni semualah kawan kita dulu balkish. semua ada. termasuk yang aku tak kenal pun ada. apa maksudnya? HAHA 

 Puteri, Isna and farzana.

 Nisa, Dayah, Melin, and Nisa'

 Tak kenal, Dayah Sam, tak kenal and tak kenal. 
korang jangan salah anggap eh. dorang ni bukan budak dari mana entah tetiba datang nak balun kek gak. eh bukan.. sesungguhnya mereka tidaklah selahap itu malahan lebih lahap!! ok joke. dorang ni time aku pindah form 4 dulu baru dorang masuk sekolah tu. kira bila aku pindah baru dorang join sekolah aku tu lah. kau faham tak? aih pening pulak aku baca balik apa yang aku tulis ni. 

 Penat aku nak terang semua budak. (padahal lupa nama) agak agak berkenan message no ni eh. 89564385634756348756347836. ok message eh. 



 ok tibalah pula kita ke segmen kejam mengejam !!  (AKU SUKA PART NI )

 Hey Balkish, kau boleh ke peluk hajar.. ? HAHA
ok nampak tak lemak di chin kuu. rasa nak penampar je gambar ni =='

 Lepas tu lepas tu.. aku peluk Hajar lagi. Tengok Farah tu. Syibukkk je dia nak masuk gak. 

 Aku tak tau apa tujuan gambar ni =='

 Lepas tu aku jealouskan lagi kau Balkish sebab aku suka buat camtu. HAHAHAHAHA XD
*kau nampak tak Aan tu muka tercekik?

 Balkish, kau nampak tak cake tu?

 Nampak tak???

 Nampak takkk ????

 AHAHAHA aku suka buat camni.


 Sekali lagi aku tak tau apa tujuan gambar ni. and sekali lagi aku cakap aku tak tau asallah gambar ni bergaris. =='

hantu kek 

 HAJAR ISMAIL 
gambar ini dusta. HAHA

 Lepas tu kan Balkish, aku suap Hajar. Nom nom nom

 Lepas tu aku suap Aan pulak. Nom nom nom

 Then then , Hajar suap aku balik. ahakss !

 Then then , Aan ni pulak suap aku. ahah !! aku tau kau jealous Balkish .. HAHA XD

 Lepas tu Hajar pi suap semua orang. ha, semua lah. yang lalu dataran tu pun dia nak suap gak.

 Weyh balkish, aku nak gossip ni. aku tau kau suka. meh sini aku nak bisik sikit. meh la sini gila ! haih aku panggil kau lari pulak. dengar ni weyh. AAN dah gemuk. kau diam diam tau . HAHA =='

 and frankly say, AKU PUN DAH GEMUK JUGAKKK !!!!!!!! mencik dowh 
kau nampak tak makcik gemuk pendek kat gambar atas ni? haih benci aku. nasib baik chomell. 
ok sila muntah =='


 again, hantu kek. 

 ni budak sue ni. actually baru jatuh terjelepuk sebelah aku cause si Aan kejar dia nak sapu krim. kau tengok muka dia. ha nampak nampak? haih apo da budak ni 

 Dayah Sam and Farah

 Balkish, kau tau tak kenapa aku kata Aan ni hantu kek? kau tengok muka dia. penuh ngan krim. aku rasa macam dah jumpa nenek kebayan dah. tak payah pergi jauh. haih. bertuah punya budak. kalau kau nak tau belakang baju dia penuh ngan krim tu weyh. 

 tapi apa yang paling penting balkish, waktu kitorang sambut birth ni kitorang sentiasa ingat kat kau dowh. asyik cakap, kalau lah kau ada sekali. haha. mesti havogue kan. kau tu dah la gila. kalau makan kau no satu. eh lupa kau diet mati sekarang. haha

dulu, kau lah :
-kawan panjat pagar even pakai kain
-kawan burn buka puasa kat bilik study then kantoi ngan warden. ciss.
-kawan burn solat jemaah sama sama. nyorok dalam loker. kantoi ngan kak ina. (ketua blok)
-kawan curi nila orang
-kawan buli budak form 1. baru form 3 konon dah senior gila. puihh
-kawan potong barisan kat Dewan makan. junior semua kening sambung. HAHA
-kawan lawan cakap cikgu. eh .
-kawan masuk bilik disiplin
-kawan lawan kawan lain
-kawan lawan senior
-kawan lawan exco kijam. sebab tak bagi outing. kijam !!
-kawan gebang ngan budak laki.
-kawan tudung pendek. AHAHAHA ha yang ni bangang.
-kawan mandi kolah. kolah haram tuk mandi like dalam swimming pool. kisah?
-kawan back up kawan yang kena buli. kira kalau kau datang semua kecut la.
-kawan bawak walkman RM5 diam diam. shweet. then kantoi ngan ketua badar wanita then walkman kena patah depan mata. nangis aku weyh.
-kawan burn usrah subuh. tutup pintu then tutup lampu. konon bilik dah kosong. weyh ngantuk kott !!
-kawan kejar kereta nasi lemak malam malam. lapar weyh..
-kawan buli aku suruh ambik air panas water cooler time prep. kuang ajau kau.
-kawan bantu kalau demam. especially hajar selalu tolong. tsktsk. terharu.
-kawan ajar aku sejarah. kaulah sebab aku belajar sejarah weyh. siap buat pop quiz jam 12 malam .  gila.
-kawan paksa aku belajar. kau paksa aku tidur kat bilik prep. atas kerusi disusun menjadi katil. cause bangun awal subuh then leyh sambung study balik,. kau kata otak fresh time tu. pergh.
-kawan kena black mark ngan semua cikgu. aku tak faham kenapa semua cikgu benci kita. haih

:)
 kish, sambil sambil kau baca lihatlah gambar aku. ahah. ambik feel jap. akutau time kau baca ni probably lah kau nangis. kalau kau tak kau kijam. cause aku nangis time tulis ni. aku rindu dowh zaman jahiliah kita dulu. semua benda bunguks dan bangang kita buat. aha. aku kadang rasa nak lempang diri ni pun ada jugak. aku rinduuuu sangat time dulu. even pahit but sweet.
 kau tengok ni. Hantu kek buat kan. HAHA


Balkish , kitorang rindu kau gila gila ok. 

akhir kata, kau jealous tak? jealous tak? AHAHAHA

4 comments:

  1. shaika!!!!!!! firstly i would say that i love ur header so muchiessss.. idk but i just like it. and second thing even im super extremely jeleous but i also super extremely touched...sumpah aku rase nak meraung weyhhhhhhh!!!!!wuuuuu aku xsangka yang korang ingat aku. yela because i thought that u all just go on with ur life and im here missing u guys. because friends here will never be the same like u guys..:') the memory mase kat SMKA dulu mmgla xdapat la dilupekan even prangai aku mase tu sumpah the bangangestttt bile aku ingat balik...weyhhh serious aku cakap aku bile2 free but u all la. arrange la time to see each other. bulan 3 ni ade cuti ..jumla kuar ipohh. jomla jomla jomla..at this time aku xde kedit nak balas kedit kau :D

    ReplyDelete
  2. to lukman; ha'ah. sebab aku happy. kott.

    to balkish ; no wonder la tak reply mssg aku. haih. tak apa. nanti kita plan berjumpa ya. ahah !

    ReplyDelete
  3. hahahhaa ade orang notice kau makin gemok hik3

    ReplyDelete

,