Thursday, November 10, 2011

Pemakaian tudung. Aper cer?

Assalamu'alaikum anak anak.. sihat?? Bagus.

hari ni aku macam nak cakap something yang agak serious sikit lah. bukan sikit. banyak. maaflah aku pun tak pandai sangat nak serious cause bila aku serious aku melalut.

hari ni alhamdulillah setelah menghabiskan masa selama berjam jam di youtube serta blog blog mencari sumber ilmiah agama iaitu mendengar ceramah and stuff aku terjumpa satu video ini. 


video ini cakap pasal pemakaian tudung hana tajima dan tudung berhood. ok apa pendapat korang about tudung hana tajima ni? alah tak tau ke? ni contohnya.


and lagi satu style yang dikecam hebat sekarang that is tudung hoodie. bagi aku style ni yang palinggg palinggg aku suka and aku tak nampak pun mana salahnya. 



tudung ni sumpah praktikal. apa apalah. pemakaian tudung hoodie ni sangat dikecam hebat oleh warga adam katanya menyerupai rahib wanita kristian. dan mereka menggunakan istilah 

"jika seseorang menyerupai sesuatu kaum maka mereka tergolong dalam kaum itu"  ???

ok baiklah. point ni. sila tonton kembali video di atas. 

ok real story is. taukan remaja sekarang dah main shawl la pashmina la and stuff. orang kata lebih in. aku pun tergolong jugak dalam golongan itu. aku tak nampak mana salahnya. before this aku guna shawl. but aku dah stop guna shawl since shawl sangat nipis and annoying cause bila kau pakai nampak every single thing dalamnya. aku tak suka. ibarat macam sia sia je aku pakai tudung. orang laki boleh nampak aku pakai subang gambar smiley. haih =='

then aku start guna pashmina. beza shawl ngan pashmina is, lebih tebal and lebih lebar. aku suka. selesa. and starting from that aku try lah buat every style yang boleh menggunakan pashmina. and yeah ladies and gentlemen, saya jenis yang menutup dada ya. bukan jenis guna pashmina bagi singkat singkat. take note. 

ok aku guna SAYA? hilang rockk aku. =='

then aku start lah buat style hoodie cause style ni macam tak tercekik leher sangat and senang nak pakai compare to style lain. kalau korang laki forever ever korang tak akan faham. even sampai mati. 

nak dipendekkan cerita, aku sentap ngan mak aku. dia post something kat wall aku. something similar like this. 


sumber Google

lillah aku cakap aku paling sentap ngan gambar kedua tu. haih =='

yang gambar putih nun. memang sebijik kan. so sekali lagi aku cakap. sila tonton video di atas. ustaz zul dah cakap dah macam macam.

aku tak faham la kaum adam ni. pakai ni salah pakai tu salah. semua nak komen. senang macam nilah. cuba korang kaum adam yang sangat tak puas hati ngan pemakaian shawl and pashmina and syria and stuff yang asyik tak habis habis suruh tukar pakai bawal balik, cuba ok cuba

AKU CABAR KORANG PAKAI TUDUNG UNTUK SEHARI.

cuba kita tengok korang tahan tak. cubalah.

ok nak cakap about tudung bawal. apa? ieww ketinggalan zaman? perghhh kau memang mintak penampo budak. since aku user bawal and shawl and pashmina for so many years, semua tudung ni ada pros and cons nya. macam lah lelaki selalu cakap. go back to bawal. ok listen.

bawal itu nipis. kalau pakai sure gerenti wa cakap sama luuu. nampak everything. tapi shawl lagi nipiis. kira kalau aku pakai rantai ke, subang ke, aku ikat rambut tocang ke semua boleh nampak. leher jangan cakap la. of course nampak, gila.

"kalau dah nampak rambut tu, pakailah anak tudung ! "

owhh owhh wait wait. rambut dah tutup pakai bawal lagi. but then leher aper cer? so kena pakai inner lah? perghhhhh kau mengundang bhaii. kau sumpah mengundang. aku tak mampu nak pakai tebal mak nyah.

aku tak tau la. agak geli. agak annoy. agak geram. *roll eye

so kira kaum adam suruh pakai bawal yang nipis tu so u guys boleh tengokla everything inside compare to pashmina yang tutup tak nampak everything inside? owwhhh i see.

then nak compare compare tudung kitorang. macam rahiblah, insang parilah, sampanlah, rumpai lautlah. come onlah you guys. sebenarnya korang dah buatkan kitorang yang pemakai tudung ni macam seorang loser. and sedikit sebanyak buat kitorang rasa taknak pakai tudung ok.

so kalau ada yang baru nak pakai tudung dah bukak balik tudung tu, shame on you man. shame on you. shame untuk kamu kaum adam yang tak habis habis nak pertikai tudung.

kita biarkanlah urusan penentu dosa pahala haram halal pada yang berhak.

but hey kita balik semula ke nawaitu balik. aku tau yang pemakaian tudung aku yang berlandaskan fashion ni tak akan lama. cause akan tiba suatu masa nanti aku insyaallah akan pakai tudung labuh. macam ustazah pakai. sejuk mata pandang. aku dah berniat.

cumanya sekarang, aku punya jiwa remaja yang mahu mencuba. supaya aku dapat rasa semua dan tak rasa kekok dan dah terhapus rasa ingin mencuba itu bila aku mula berubah sepenuhnya. step by step lah kan. no hal for that. aku asal pun budak sekolah agama. pakai tudung pendek tetiba dipaksa pakai tudung labuh. masalah bagi aku. kejutan yang maha hebat. aku memberontak hasilnya.

insyaallah satu hari nanti. doakan.

6 comments:

  1. ahahahaha! aku cubit telinga kau kang
    !

    ReplyDelete
  2. aku org yg memuji tudung.tapi bahasa kau,aku gelak gelak,tapi sakit hati tiap sepuluh saat aku baca

    ReplyDelete
  3. tak ade rase nk amik kesah pon kat pompuan yg pakai tudung hape2 yg pelik2..ikot hangpa lah..tapi jgn lah sampai pelik sgt.mcm baju longgok atas kepala lah,guni beras lah,sejadah..itu mmg sengaja nk kne kutuk..dan takperlu sgt lah ikot trend,bese2 suda.haahhaha

    ReplyDelete
  4. pkai hoodie nmpk bntk tngkuk ke?

    ReplyDelete

,