Wednesday, September 7, 2011

Sekali lagi orang bangang berbicara

Ini blog kasar so harap maklum. bahasa juga perlu kasar.

Manusia yang 'perlu bantuan'

Yo.. ko ni anak melayu ke hape mana pegi sifat2 sopan haa?
cube2 ko renung2 balik pe yg ko post tu ko x menghina ke bapak ko tu dgn mengatakan perot bapak ko tu mcm tu pk2 cket sdangkan ko sdp2 je mengata
kalo x betol itu fitnah tp kalo betol itu mengumpat cube ko pk2 kalo adik2 ko atau dlm famly ko tu buat sesuatu yg mcm tu kt ko apa yg ko rasa?dlm islam x galakkan ko mendedahkan aib org cube ko pk2kn ko ank mlayu so bangga la dgn bahasa ibunda ko
ni x cube ko tgk org perancis,jepun,jerman atau denmark mereka sgt bangga dgn bahasa mereka sndri tau x mereka memandang rendah bhasa lain tp ko mcm dh x reti nk ckp bhasa sndri aku ingat ko nk solat pon bce dlm bhasa tu gak ko tu muda lg jgn lah nk brlagak rasa dah dewasa

Reply aku :
Assalamu'alaikum..

perghhhh marahnya dia. haha kadang kadang saya macam nak tergelak jugak layan orang macam awak ni tau. astaghfirullah.

macam yang awak cakapkan, apa yang saya post tu tak fikir ke? awak nak tau? setiap satu video yang saya post saya fikir lebih banyak dari apa yang awak fikir. saya fikir adakah video saya akan bagi effect kat family saya, agama saya, kawan saya, mahupun diri saya sendiri. semua tu saya fikir. awak tak payah nak kalut sangat. chill k.

hmm, menjawab pada soalan awak pulak. macam mana kalau keluarga saya buat macam tu kat saya? jawapannya saya gelak je. macam saya dah cakap sebelum ni. keluarga saya dan saya memang bergurau macam tu. kasar. i know. kalau awak tak boleh accept teruskan ngan hidup awak yang sempurna tu. but us accept diri kami seadanya. susah nak terima? fine. saya tak kisah ngan hidup awak. tapi pelik. awak marah sangat ngan video rekaan semata saya tu kenapa eh?

anyway, about the language. you know what? bahasa english merupakan bahasa dunia. semua orang dari negara lain berkomunikasi menggunakan bahasa english. dalam dunia perniagaan mahupun dunia korporat semua menggunakan bahasa english. pendek kata. salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang negara lain adalah menggunakan bahasa english. awak jangan nak merepek lah kalau awak video chat ngan orang china even ngan bahasa melayu. no saya tak rendahkan bahasa melayu but just accept this fact. bukanlah saya nak mengagungkan bahasa asing tu. bukan. tapi saya hanya nak buat video saya difahami semua orang. saya tak ingat pulak saya create vlog tu untuk tatapan awak seorang. hmm, tak ingat pulak saya kan.

awak terima je lah. bahasa english memang bahasa lingua franca nowadays. saya peliklah. kenapa awak tak bangkitkan perkara ni kat vlog inianuarhadi eh? pergh mamat tu kan video dia and blog dia semua nya dalam bahasa english. english tinggi pulak tu. susah nak faham pulak,. pergi tegur dia. HAHA saya tau awak tak akan buat. tu bukan sasaran mudah kan? tak apa saya faham. golongan macam awak ni suka cari easy target.

anyway, siapa kata orang perancis, jepun, denmark or even jerman didn't speak english?? nampaknya awak tak terdedah ngan dunia luar betul ni. kesian. and yeah siapa cakap diorang pandang rendah bahasa lain? cuba bagi saya bukti. dorang siap belajar lagi bahasa bahasa lain. rasanya tak ada masalah kalau seseorang itu mahu menjadikan diri diorang lebih baik kan? tut tut kesian lah awak ni. sumpah kesian.

saya gunakan vlog saya untuk improve lagi english saya. kalau hebat dari segi penulisan sahaja tidak cukup kan kalau cakap tergagap gagap tersangkut sangkut. hmm sedih rasanya.

awak cakap macam awak ni cintakan sangat bahasa ibunda awak tapikan saya tak nampak yang awak cintakan bahasa awak sendiri.

kau = ko ??
tak/tidak = x ??
fikirkan = pkkan???

bahasa apa awak guna ni? awak tak malu ke hentam orang alik-alik diri awak dihentam balik? HAHA ibarat macam awak tak dapat calit arang kat muka saya, awak calit kat muka awak dulu. tut tut kesian awak ni kesian.

ok mengenai kesopanan yang awak cakap. adakah sopan seseorang itu yang tidak dikenali sama sekali TIBA TIBA serang dengan mengatakan beliau kurang ajar pada keluarganya sendiri??

tidak sama sekali.

adakah sopan jika seseorang itu, mungkin mahu menegur tingkah dan laku seseorang tanpa memulakan percakapannya yang kononnya membina dengan salam lafaz 'Assalamu'alaikum' ???

tidak sama sekali. (tak tahulah kalau awak bukan Islam)

adakah sopan seseorang itu jika dia memaki hamun orang lain sesuka hati tanpa alasan yang kukuh dan berasas?

tidak sama sekali.

oleh itu macam ni lah sedara, owh owh tidak abang (sebab awak lebih tua dari saya). ya saya hormat orang tua. bagitahulah saya, fahamkan saya apa lagi masalah vlog saya ni. saya nak tahu.

erm, saya tak perlu berlagak dewasa?? lagi sekali saya nak tergelak. saya tak pernah nak berlagak dewasa. saya hanya menjadi diri saya sendiri. rasanya tak ada masalah. tapikan saya sedih sebab tak sangka awak walaupun sudah dikira sebagai seorang yang dewasa awak masih lagi punya pemikiran secetek lopak. kesian sumpah kesian.

jika betul awak seorang yang educated ini bukanlah caranya, dan awak tidak akan sama sekali bercakap sebegini mengenai penggunaan bahasa yang saya gunakan mahupun menggunakan penulisan rempit.

educated = berpengatahuan

just in case kalau awak tak tau. awak nampak macam benci betul dengan bahasa english. jangan risau belajar bahasa english bukan bermakna awak menjadi mereka. meniru budaya mereka. menjadi diri mereka. mahupun meniru pakaian dan amalan agama mereka.

istighfar lah awak. nampak sangat yang awak sayang ayah awak kan? untunglah ayah awak. tapi tak bermakna video saya buat tu menunjukkan yang saya benci ayah saya kan? awak percaya tak kalau saya cakap semua tu hanyalah rekaan? saya reka sahaja dengan adik beradik yang lain. oh rasanya tak perlu saya explain panjang. awak tak akan faham sebab hidup awak terlalu sempurna kan? HAHA

anyway, saya balas message awak dalam BAHASA MELAYU. wah, awak tak impress? HAHA

baiklah maaf. awak dah salah orang kalau nak berbahas. bukan membangga saya wakil negeri. maaf kalau saya memperli ya. cuma saya rasa awak memerlukannya.

Assalamu'alaikum :)

No comments:

Post a Comment

,