Tuesday, November 20, 2012

Sensitiviti.


Aku kepenatan mendaki tangga ke tingkat satu. Almaklumlah, dah tua. Aku aling berpusing sedikit, tulang aku membuat simfoni 'krak krak' menandakan aku sebenarnya sudah tua. ahh sedih pedih. 

Sedang melangkah mendaki dengan gagah, rakan sekelas ku yang berpakaian serba cantik bersinar menyinar berjalan melintasi koridor, aku menjerit.

-Woi perempuan, nak keluar ke?

Dia berpaling.

-Ha’ah, aku lapar. Aku nak ke McD.

Aku ternganga. Aku salah dengar ke? Ke aku hanya bermimpi. Aku cubit tangan. Sakit. Oh tak, aku di alam nyata. Aku agak yang aku tersalah dengar atau aku rasa mereka ini tidak sensitif dengan isu semasa. Tak tau ke mereka, itu satu pelaburan untuk senjata hamis, peluru berpandu, sembelihan umat islam yang dilakukan oleh Israel?

Tidak tau kah mereka satu paket McShaker bersamaan dengan satu kg serbuk peluru zionis? Tanpa aku sedari aku melaungkan

BOIKOT ISRAEL !!

Sambil mengangkat tangan gaya ala takbir dan aku berlalu pergi tanpa mengambil kisah reaksi mereka. Aku kecewa.

No comments:

Post a Comment

,