Friday, May 11, 2012

Pemerhatian.

Nama aku perempuan dan aku seorang manusia biasa yang banyak nafsu. akan tetapi aik aik. aku tak ada nafsu banyak kat 'situ' eh. faham faham je la. boleh dikatakan apa sahaja yang ada kat dunia ni aku nak. and my biggest obsession aku adalah terhadap gadget dan jua fashion. tak kiralah apa pun. asal best aku nak jugak.

keluarga aku bukanlah dikatakan mewah tetapi apa yang aku nak insyaallah dapat. akan tetapi nak dapat pun kena ada usaha jugak. bukan simply mintak parents pup pup terus dapat. menipu lah kan. and ada jugak sometimes benda yang aku nak tak dapat. bukan sometimes tapi selalunya. kott.

aku kadang kadang jealous bila tengok ada budak budak or even kawan sendiri yang ada something yang aku tak ada. contoh kawan aku ada tab. aku pun rasa aku nak satu. kawan aku ada Bb, mac ke, good dress ke, or even nice bracelet aku envy sangat. tapi envy aku tak ada lah sampai nak mencuri kan, agak agak ah bro.

aku banyak kenal orang. dorang semua superb. mostly aku cakap dorang hidup mewah. barang semua bagus bagus. mana main fake fake or random stuff. semua barang dorang branded and of course pricy lah. boleh aku cakap everything yang aku nak dorang ada lah. tak kisah apa pun. dorang ada. kalau dorang laki maybe, mesti barang yang aku nak adik perempuan dorang ada. kira kalau dalam family dia mesti dah cukup ah semua benda.

aku boleh kata dia dah complete.

tapi. ada sesuatu yang aku perhati pasti mereka mereka ni tak punya.

mereka tak punya ibu bapa yang lengkap. aku tak tau lah ini sekadar diri aku sahaja atau orang lain pun perasan jugak tapi aku tengok if one of their parents meninggal, dorang somehow hidup mewah. hmm, mungkin orang kata satu nikmat ditarik, mereka dilebihkan pada nikmat yang lain mungkin?

aku tak tau. sementalaah aku berfikir aku sepatutnya bersyukur sebab rata rata mereka yang punya segala itu tak dapat dah nak merasa kasih sayang parent dorang. macam apa yang aku rasa sekarang. mungkin dorang dah pegang semua gadget hebat dan pakai pakaian yang serba cantik tu semua tapi dorang dah tak akan rasa belai lembut tangan ibu usap kepala dan nasihat penyorong nyawa dari ayah mereka.

aku sepatutnya menjadi seorang yang lebih bersyukur. sepatutnya aku. Astaghfirullah.

No comments:

Post a Comment

,