Wednesday, June 29, 2011

Ini Adalah Pelajaran Baru Bagi Hidup Aku.

Assalamualaikum.


hmm, aku sekarang serious cakap la. malas gila nak update blog. ni tengah tulis ni pun aku gedik gagahkan diri. mata gila stim pulak. aku kan tough. shit ! ok aku akan update. dah alang alang bukak ni. disebabkan aku baru balik kelas n baru je on laptop (padahal =.=') aku takkan banyak sangat merepek. kalau aku merepek tu nampak sangat semangat aku dah balik.

anyway, before that kalau korang budak KMPk please notice this. aku baru tau after sorang budak laki kolej share about satu laman web download lagu yang tak diblock kmpk which is pretty good la. kalau sebelum ni aku nak download lagu gerenti aku sneak bilik orang lain then curi berukband. ok joke tak adalah. payah kot nak pinjam berukband orang je, pekejadah hoii.

www.weblagu.com

aku malas nak provide link terus. pandai pandai la kau tulis sendiri ok. HAHA *gelak setan

ok hari sabtu yang lepas, aku outing. just nak cakaplah. aku actually dah 4 minggu tak balik rumah which means dah sebulan. aku serious cakap la tak rindu kot rumah. (padahal) agaga. ok aku rindu rumah especially petai. =.=' 

tak caya? yeah aku rindu rumah. weyh hati aku ada taman oghehh. kau fikir? ganas tak lembut dalam? ceit !

tengok aku suka lari tajuk kan. benci betullah. ok ok continue. so aku pun sukalah. dah dapat elaunnya, duit dari Pa&Ma baru masuk plak. apa lagi enjoy lah kan. ok saya tak boros. jangan risau. (padahal) hamik kau aku borong 2 flat Vincci plak. lens baru plak. beg spare baru lagi. apa lagi eh? lupa =.='

so bila dah habis terjah butik semua, bukan branded je terjah dowh. PERHATIAN: saya bukan bimbo. terfikir nak tidur mana plak bhai. so kawan aku ni pun contact la mak angkatnya. seb bek dekat . so berangkat lah daku ke rumah beliau. aku dapat tau makcik ni kerja di pizza hut la. in which sector aku tak tau.  erm, time nak berangkat balik tu aku tanya kawan aku ni. naik apa? dia kata naik bas lah. ok aku act normalla. tapi terfikir jugak. tak ada kereta ke makcik ni? whatever..

so dari JJ Ipoh tu aku berangkat lah ke perhentian bas terdekat. dah naik bas mulalah perjalanan sampailah ke rumah makcik ni. then baru aku tau rumah makcik ni betul betul depan GM which is rumah flat. so i bet you guys know how is her life kan? orang susah.

dah tua tua still kena kerja. mana anak anak dia eh? takkan semua pakat lepak luar je. tak kesian ke tengok mak dia susah susah macam ni?macam macam andaian aku. aku sumpah kesian ngan makcik ni. kenapalah hidup dia perlu jadi macam ni. mesti dulu time belajar dia tak belajar sungguh sungguh. pemalas. suka main main. budak nakal. sorry to say lah.

tapi itu semua hanyalah pandangan pertama aku.

bila sampai je ke flat tu, aku tersentap. keciknya rumah dia. mesti makcik ni susah. alamak takut la pulak menyusahkan makcik ni. aku diam je. aku takut kalau aku terlukakan hati makcik ni. aku ikut dia naik sampai tingkat tiga. yeah. betul. aku daki tangga. sumpah penat. aku tak dapat bayangkan makcik ni yang perlu mendaki tangga tu setiap hari. kesian.

bila aku sampai. aku dah terbayang macam mana rumah dia. tak ada perabot. lantai beralas karpet plastic. dinding berconteng. huduh. TAPI. buka sahaja pintu rumah. aku tersentap gila. sumpah aku tersentap !

FLAT SCREEN TV BHAIII !!! SIAP ADA ASTRO BHAII !!! GEDABAK PLAK !!!

aku pelik. aku rasa macam aku salah rumah je. tapi aku diam. takkan nak tunjuk terkejut aku kan. tak macho lah nanti. malam tu aku duduk berdua sahaja ngan makcik tu. sembang sembang. tanya pasal dia. semua benda aku tanya. dan perbualan kitorang dimulai dengan program Mari Menari di Astro..

macam macam dia cerita ngan aku. kerja kat mana, asal mana, kampung mana... macam macam lah. seronok sembang ngan makcik ni. sempoi gila ! macam cakap ngan kawan kawan kita je.

then dia mulalah start cerita baout family dia bila aku tanya about anak dia. itupun dia start buka story bila dia cerita about anak angkat dia yang baru je meninggal dunia setahun lepas. budak tu sebaya aku je. dia rasa sedih cause scene tu jadi dalam bulan yang sama.

sekali lagi aku tersentap !

about anak dia. korang nak tau?? biar aku cerita.

anak pertama, sekarang sudah bekerja di Kuala Lumpur. sudah berkeluarga. bekerja di Bank Negara. education profile Master in Business Management lulusan America. pergi belajar tak guna sesen pun duit makcik tu dan suami dia. aku tabik ! cause somehow aku nak beli barang sikit pun aku masih lagi mintak duit bapak aku.

anak kedua. anak perempuan. 30 an. kerja korporat. gaji besar. masih tidak berkahwin kerana kecewa dengan kisah percintaan sebelum ini kerana dimakan kawan baik sendiri. kesian. mempunyai kondo sendiri di kondo pantai dalam. duduk sendirian. guna Myvi je cause somehow dia tak rasa penting kalau guna kereta mewah. so low profile. katanya hidup sendirian sahaja. tak perlu rasanya bermewah.

anak ketiga. paling tak minat belajar. tapi masih lagi menymbung pelajaran dalam keutamaan kemahiran. menyambung pelajaran tanpa menggunakan sesen pun duit parent. semua atas usaha sendiri.

aku respect ngan makcik ni. time ni aku macam tepuk tangan gila bila makcik tu cerita about her family. its really eep ok. somehow i feel guilty as i thought her fam,ily even worst than that.

makcik ni cakap. dia selalu nasihat anak dia.

"belajarlah pandai pandai anakku. jangan jadi macam kitorang. (makcik dan suaminya) hidup susah. kalau korang nak belajar, pergi je lah. kami rela. biarlah kami sahaja yang tanggung semua kesusahan. biarlah even kami jadi cleaner tandas sekalipun tuk hantar korang belajar, kami redha. asalkan kamu semua jadi MANUSIA. "

aku tersentap lagi dengan ayat last makcik ni. aku hidup mewah. apa yang aku nak insyaallah aku dapat. dan hidup makcik ni sangat susah. dan ya makcik ni dahulu adalah seorang makcik cleaner tandas awam. ya, orang yang korang pandang rendah sangat tu. termasuk aku.

kalau makcik ni yang susah really striving for life sedangkan tak punya apa, apakan aku yang serba ada ni striving for life jugak to achieve apa yang aku nak dalam hidup. aku malu. dan percayalah malam tu aku menangis. terharu. thanks makcik for the lessons. i will forever remember what u told me that night.

*kesat air mata

3 comments:

,