Thursday, May 5, 2011

Matrix Alaf Baru 2011

pengenalan untuk sesiapa yang masih tak tau lagi perubahan pada penuntut Matriks 2011/2012

Jurusan Sains
Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 yang berwajah baru ini memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga modul yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang.

Perubahan yang akan dilaksanakan adalah di mana tiada lagi program Sains Hayat dan Sains Fizikal tetapi diganti dengan program berbentuk modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi setiap modul dalam Jurusan Sains adalah seperti berikut;

■Modul I – Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.
■Modul II – Fizik, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.
■Modul III – Biologi, Kimia, Sains Komputer dan Matematik.
Kedua-dua Jurusan Sains dalam program PST dan PDT mempunyai ketiga-tiga modul yang sama.

Jurusan Perakaunan
Jurusan Perakaunan dijalankan hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Perakaunan adalah Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan.

Jurusan Teknikal
Jurusan Teknikal dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Jurusan Teknikal juga hanya dalam program satu tahun atau PST sahaja.

Mata pelajaran teras yang ditawarkan bagi Jurusan Teknikal adalah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik.

Mata Pelajaran Wajib
Mata Pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar dari semua jurusan adalah Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika dan Pendidikan Islam atau Pendidkan Moral.

Kokurikulum
Semua pelajar Matrikulasi diwajibkan juga mengambil salah satu daripada kokurikulum yang ditawarkan, iaitu Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan atau Pasukan Beruniform.

No comments:

Post a Comment

,