Tuesday, January 4, 2011

so hari ni aku bangun seperti biasa bak budak yang mahu ke sekolah. ha! punya baiknya aku ni. eheh puji diri sikit kalau nak diikutkan aku malas nak bangun dengan awalnya. aku ni kan rajin tidur. btw, aku sangat dikenali sebagai sleeping beauty. so kalau aku bangun tengah hari tu kira macam normal la. heh gurau. aku tak ley la tidur sampai lebih pukul 9 pagi. sakit kepala. korang tak ekh? fuhh hebat. 

pagi aku hari ni dimulakan dengan JERITAN DARI NERAKA! awal awal lagi mak aku dah menjerit dari bawah rumah suruh aku bangun. bunyi nya seperti ini;

"NADWAH!! BANGUN TIDUR! KAWAN KAU TELEFON NI! " 

maybe ada yang tak tau. aku kat rumah dipanggil dengan panggilan nadwah. harap maklum.

aku dengan berkerutnya muka, aku bangun sambil menyapu hingus hidung ku dengan shirt yang aku pakai sambil terpinga pinga. pengotor betul aku ni. HAHA aku pelik. siapa yang call aku subuh subuh ni. yer lah shaika oii. subuh la sangat. terus aku grab phone aku dan memerhati skrinnya yang sangat disaster untuk mengetahui pukul berapakah ketika itu. owh baru pukul 7. aku tengok luar. owh dah biru. tapi aku termangu sebentar. orang gila mana yang call aku awal awal macam ni? nak kata balak aku call, yer lah mana tahu rindu ke, aku mana ada balak! haih. mushkil mushkil.

tiba tiba.. 

pintu bilikku yang permai bak kata ufiya lantai penuh pasir terkuak lantas aku melihat lembaga putih merempuh masuk. rupa rupanya adik aku yang memakai baju sekolah putih sambil membawa cordless phone lalu memberikannya kepada aku sambil berkata; "nah kawan kau." 

aku dengan mamai mamai gajah pun mengambilnya. dalam hati ku berkata baiknya adik aku ni. eheh sesekali puji.  aku dekatkan gagang phone ke telinga. owh suhada rupanya. dia ajak aku pergi jog. so yeah. terus mata aku terbeliak  dengan hebatnya. akhirnya! dapat gak calory ni  berambus dari badanku. 

aku pun segera bersiap dan ke bilik air. sambil aku menggosok gigi sambil aku menyanyi lagu yang aku belajar dari tadika. 
bagun pagi, 
gosok gigi, 
terus mandi, 
aku lupa.

ha, tulah liriknya. lirik tulah yang setiap kali aku dendangkan bila bangun pagi. kira dah hardcore la klau tak nyanyi rasa pelik. lirik yang last tu memang liriknya. sebab act aku dah lupa apa lirik sebenar. hmm, begitulah.

bila dah siap aku pun segera menunggu suhada di luar rumahku. dalam 20 minit menunggu akhirnya tibalah beliau. sungguh lama menunggu . lalu berangkat lah kami ke lokasi jog yang terletak di Kuala Kangsar setelah yana tiba dari rumahnya yang terletak di taman sebolah. banyak nya aku merepek. biasalah blogger remaja. :)

setelah tiba, aku terkejut melihat dua orang lelaki yang menunggu kami. salah satu daripadanya merupakan kayu jati suhada merangkap  kawan sekolah rendah aku dulu. caitt! kacau betul. 

ok this is my secret and i will tell you guys cause i dont care as you aren't here. heh. aku jenis orang yang kalau jog tak suka pakai tudung sebab aku rasa rimas dan untuk mendapatkan kepuasan yang sepenuhnya ketika berjoging. so bila ada mamat mamat ni aku rasa tak selesa la kalau aku buka tudung kan. 

kitorang plan la nak jog around istana. kira jauh laa. dalam 3 km i guess. pusing balik. dalam waktu jog tu untuk membolehkan aku buka tudung aku pun lari meninggalkan kawan kawan yang lain. anyway, suhada and yana tend to walk rather than jog. i think it is a waste of time. selagi tak basah satu badan aku selagi tu aku push. gahah! bila aku ajak dorang lari sekali, yana mulalah dengan ucapan ucapan bahas dia tu. dia cakap kalau jalan pun much better la, glucose terbakar gak arh and bla bla.. like i dont care. aku rasa jog lagi best. sampai habis peluh satu badan. 

hmm, kalau nak diikutkan nikmat jogging ni best bila 
1. korang rasa angin kat tengkuk korang. wow especially bila korang tengah berpeluh tu lah.
2. bila satu badan korang sakit sakit. pelik but real because time ni lah otot korang tengah nak shaping. especially bila sakit kat paha and korang rasa macam susah nak jalan. tapi aku gelak je cause i know that my thigh begin to be smaller. camtu laa. 

so girl out there kalau nak kurus jangan buang masa tu dengan tidur, pergi la jog. tak yah malu la. tak ada makna nya. lagi malu kalau badan tergelebeh sana tergelebeh sini. kan kan kan? nanti pakai gaun tak cantik la ada tayar. :DD

peace no war malas nak cerita panjang panjang sangat. sorry if there is no picture. maybe next time.     

owh owh ada video baru :) kalau korang dapat cari kat mana. 

No comments:

Post a Comment

,