Wednesday, September 1, 2010

kamu kamu kamu terhebat! kamu hebat! kamu bangsat!

ok maybe sound agak kasar di sini ya. tapi itulah yang terjadi pada hari ini. untuk makluman tiada siapa yang menuturkan kata-kata ini pada sesiapa cuma kata hati meluntur diri sahaja. aku bengang! aku berang! aku tak sangka akan keputusan trial aku. i know i can get better instead of THIS. as if aku tak belajar sahaja. agak skema. uhuk. but it's no time for laugh. not funny. out of mood. camni ekk rasanya jadi budak SPM. i just got the pressure. great,kan? 'baru' nak dapat.

permulaan hari aku pada hari ni dimulai dengan ketakjuban dan ke -excited- an. mana taknya matapelajaran add math masa pertama. tak per aku try to cool down. aku 'try'! padahal. melangkah kaki masuk ke kelas bagaikan melangkah ke tempat cabut nyawa. rrrr... lagi lah aku kena cari cikgu kat pejabat. nak ajak cikgu masuk kelas la. lagi tercabut cabut lah nyawa aku ni haa.

memandangkan aku adalah seorang pelajar yang bajet teror and really over confidence beratur paling awal depan dewan bagai saksikanlah keputusan yang aku dapat pada hari ni. eheh. aku cuba menjadi humble. bukan cam korang! bweek..

tak per aku tak kisah langsung nak bagitahu result. bukan macam orang tu. tak mati pun weyh share result. kau nak malu sangat kenapa? macam laa aku nak bagitahu satu dunia kot. agak-agakla..

BM =73
BI=70
MATH=75
SEJARAH=61
ADDMATH=27

actually subject yang last tu tak sampai hati nak share. orang cakap. i should be embrassed not embrace. so yeah. suka hati aku la kan. aku nak muhasabah diri balik. masalah masalah..

cikgu selalu cakap sebelum nak amik exam bersihkan diri dulu. tak de la cikgu cakap amik kan. gedik betul dengar. ambil. pfft. betullah cikgu cakap. aku selalu tak peduli dengan benda macam ni. sebab aku anggap ni semua superstitious. mana ada kaitan weyh. nak ambil exam relate ngan otak kita jer lah kan apa hal pulak ngan rohani segala bagai? haih. sampailah dah kena batang hidung sendiri barulah aku terjelepuk puk puk jatuh tertonggeng geng geng. ha.. ambik kau. punya teruk jatuh.

dengar lah kisah benar ni. malam sebelum paper add math tu ada kisah sebenarnya. kisah pahit gak r nak telan. agak pahit. bagi aku. apa kaitan ngan korang kan..? still aku nak share.

malam sebelumnya time nak berbuka,ayah aku baru balik kerja kul 7.20 camtu baru sampai rumah,. fuh rajin ayah aku kerja. almaklumlah tu lah waktu berbuka pun. dah tu biasa lah orang baru balik kerja dengan penatnya, badan melekitnya.. faham-faham je lah. cepat marah lah kan jadinya. lagi-lagi lah bapak aku yang tua tu. faham-faham je laa.

aku tersilap satu benda je. manusia mana perfect weyh. memang laa aku tersilap. bukan tersilap sebenarnya lebih kepada tak tahu. ayah aku melenting macam nak tercabut rumah ni rasanya. siap cakap;

"kalau macam ni lah kau buat kat ayah baik kau tak payah sekolah lah. jadi bodoh lagi bagus. berhenti je sekolah tu!" dengan suara yang gila bapak punya besar dan garau. cukuplah segala garam dan gula tak dilupan asam jawa.

dan aku pun berkata; "hekeleh emo pulak bapak aku ni!" eceh tak adalah.

aku agak tersentak time tu. aku pun tak faham kenapa dia marah sangat. terus aku tak makan. aku tak berbuka langsung. serious weyh aku tak makan langsung. padahal. aku tak puasa sebenarnya. tak kisah laa. haha.

(korang pelik tak macam mana aku boleh gelakkan perkara ni?)

then macam biasalah. anak perempuan. aku pun consult lah kat mak aku. erm,i called her ibu. aku cakap;

"owh ibuku sayang,kenapa ayah marah tadi? akak buat apa?"
acheh baik pulak aku. tak adalah gedik sangat aku cakap ngan mak aku macam tu kan. nak kena penyepak? dia pun diam je. tak tahu kenapa ayah aku marah. so aku dengan dalam kekalutannya dan kebengapan pun tak faham-faham lagi sampailah esoknya.

biasalah aku anak baikkan. mesti la nak minta maaf bagai. acheh. esoknya aku nak minta maaf kat ayah aku sebelum beliau ke tempat kerja. dup dap dup dap. takut weyh. aku takut ayah aku sepak aku. dah pernah rasa. cukup kelat untuk ditelan. tengoklah tangan pun besar dua kali muka aku. acheh nak kata muka aku comellah ni. eheh. tup tup ayah aku dah pergi kerja dengan lebih awalnya. dan terlebih awalnya. beliau bertolak pada jam 6.20. walawei sekali lagi rajinnya bapak aku ni! '_'- terharu..

tak sempat lah aku nak minta maaf. berangkatlah aku ke sekolah dengan perasaan yang kucar-kacir dan bercampur baur nya. cukuplah dengan rasa risau, bersalah, tertanya-tanya dan sebagainya. faham-faham lah sendiri. kalau ayah korang mengamuk macam harimau takkan korang happy pulak kan? korang camtu ekk? korang pelik.

kat sekolah aku tak dapat berhenti dari tertanya-tanya dan rasa bersalah terhadap bapak aku. sampailah aku terbawa-bawa ke dalam dewan peperiksaan. waktu tu memang aku muhasabah diri balik. aku cakap kat diri aku alaa tak kan ganggu punyalah paper.. cheh tenangkan diri. pandainya. istighfar tu jangan cakap laa. banyaknya sampai boleh bersih dosa aku kott. aceh sekali lagi. selawat doa jampi serapah. satu jam pertama itulah yang aku buat. hebat kan..? orang lain buat add math aku beribadah dalam dewan. memang anak yang baik.

akhirnya.. kelat betul nak cakap. even function pun aku tak boleh buat weyh. FUNCTION. chapter pertama dalam f.4. walawei.. tabik spring pada aku. *tepuk dada*

nasihat aku, sebelum ambik paper tu muhasabah lah diri balik kalau ada dosa kat siapa-siapa lah. terutamanya parent korang. jangan anggap perkara ni remeh. ni besar punya. BESAR PUNYA.

tapi alhamdulillah laa gak. nasib baik benda ni jadi time trial dari jadi time real SPM kn..?

BUT STILL!!!

No comments:

Post a Comment

,